Menurutnya, ketika berjalan menuju ke rumahnya, dia melihat benda seakan bentuk bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan tersebut.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu mainan anak patung, namun pelik juga apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek tersebut itu dan terkejut dan hampir pitam apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh dan sedih sekali kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi tersebut. Tak sangka ada manusia kejam tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis! -Sumber
0 comments:
Post a Comment